
Sambutan Minggu Anti Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang,
Temoh telah dilancarkan pada 7 Mac 2011. Program bermula 7 Mac 2011
hingga 11 Mac 2011 ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan
Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah bertujuan melahirkan
pelajar yang berpengetahuan tentang bahaya dan kesan dadah serta
mempunyai kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang
lain.
Pelbagai program seperti Ikrar Anti Dadah, Deklamasi Sajak,
Ceramah Motivasi, Senamrobik, Pameran AADK dan PDRM, Pertunjukan Pasukan
K9 PDRM, Klinik Berhenti Merokok, Tayangan Video dan Majlis Bacaan
Yasin akan dilaksanakan sempena Minggu Anti Dadah sekolah berkenaan.
Adalah diharapkan usah-usaha yang dijalankan ini membuahkan kejayaan,
murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah.
Seterusnya diharap dapat
merealisasikan hasrat Pengarah JPN Perak untuk meningkatkan
Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum dan Peningkatan Imej.
Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada pihak
pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar dan semua warga sekolah yang
menjayakan program ini. Teruskan Kecemerlangan.